Cari @ Amanz

Apple MusicApple Music bakal ditawarkan kepada semua pengguna seluruh dunia bermula lewat malam ini bersama-sama kemaskini Apple iOS 8.4 kelak. Seperti pelbagai perkhidmatan penstriman yang lain, Apple Music akan ditawarkan secara percuma untuk 90 hari, dan akan dikenakan bayaran selepasnya.

Melalui Apple Music, seperti beberapa perkhidmatan penstriman yang lain, pengguna boleh membuat carian lagu, memainkannya terus pada peranti, selain mengikuti playlist yang ditawarkan oleh kurator.

Pada kemaskini iOS 8.4 Beta 4 yang digunakan para pembangun, Apple Music di Malaysia dilihat akan ditawarkan pada harga $3.99 sebulan untuk langganan individu (sekitar RM15), sementara untuk langganan keluarga yang meliputi 6 pengguna adalah berharga $5.99 (sekitar RM23).

Untuk langganan individu, boleh dikatakan penawaran Apple Music adalah menyerupai perkhidmatan lain dipasaran (dimana kebanyakkan menggunakan angka RM14.90), sementara untuk langganan keluarga yang meliputi sehingga 6 pengguna, Apple Music boleh dikatakan antara yang termurah.

Seperti biasa, kita akan ketahui lanjut mengenai penawaran Apple Music ini secara rasminya lewat malam ini – termasuk harga rasmi untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd