Cari @ Amanz

Sejak beberapa tahun yang lalu Anugerah NEF-Awani ICT Awards telah diadakan sepanjang tahun dalam meraikan industri startup tempatan dan memberikan anugerah dalam beberapa kategori. Tahun ini New Entrepreneurs Foundation bakal mengadakan acara seumpamanya untuk rantau ASEAN dinamakan Rice Bowl Startup Awards.

Anugerah Rice Bowl Startup Awards ini diwujudkan bertujuan untuk mengiktiraf hasil kerja startup dirantau ASEAN ini disamping menjana kolaborasi diantara negara serantau. Startup di negara-negara ASEAN juga berpeluang untuk menyertainya dan acara ini diadakan bersempena 1 ASEAN Entrepreneur Summit, dimana Malaysia merupakan tuan rumah untuk acara ini yang bakal diadakan pada November 2015 ini. 

Terdapat 10 kategori untuk anugerah yang dipertandingkan ini iaitu:

  • Startup Business of the Year
  • Women in Business Startup of the Year
  • Retail Startup of the Year
  • Media Startup of the Year
  • Digital/Online Startup of the Year
  • Social Enterprise Startup of the Year
  • Tech Startup of the Year
  • Product Startup of the Year
  • Service Startup of the Year
  • Innovative Go-To-Market Campaign of the Year

1500x500

Pencalonan dibuka sekarang di halaman web mereka dan 30 startup yang terpilih (dengan 3 startup untuk setiap kategori) akan menerima hadiah berupa kursus pemantapan startup, aktiviti  promosi media serantau serta mengikuti aktiviti dalam pencarian dana serta pelabur dan kesemua ini bernilai sekitar USD 15,000. Untuk johan setiap kategori bakal merangkul trofi Rice Bowl.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 Ogos 2015 dan 30 startup yang terpilih akan diumumkan pada 1 Oktober. Acara penganugerahan ini dijangka akan diadakan pada 22 November ini kelak. Bagi anda yang berminat untuk mengembangkan perniagaan dan startup anda ke pasaran serantau, anugerah sebegini bakal memberi pengiktirafan dan harus anda sertainya bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd