Cari @ Amanz

Terdapat beberapa edisi Apple Watch yang dihasilkan dan Apple Watch Sports ialah edisi paling mampu milik kerana tidak menggunakan skrin yang diperbuat daripada nilam. Ia hanya menggunakan skrin kaca Ion-X yang mempunyai separuh ketahanan skrin nilam. Tetapi kini terdapat laporan dari DisplayMate yang menunjukkan skrin Apple Watch Sports lebih terang berbanding edisi jam lain. Ini menurut mereka adalah kerana nilam mempunyai tahap pantulan cahaya 190% lebih tinggi berbanding kaca. Cahaya dari paparan LCD perlu “bekerja” lebih keras untuk menembusi nilam. Hasilnya ialah paparan yang kelihatan malap sedikit apabila diletakkan bersebelahan paparan kaca.

DIsplayMate-Apple-Watch

Sungguhpun begitu bakal pemilik tidak perlu risau sekiranya ini akan menyukarkan anda membaca apa yang dipaparkan. Menurut DisplayMate kemalapan skrin ini hanya ketara apabila anda melihat skrin Apple Watch nilam di bawah cahaya yang terang. Pada keadaan biasa perbezaan keterangan skrin tidak berapa ketara. Sebenarnya apa yang dilakukan Apple adalah masuk akal. Apple Watch Sport yang direka untuk mereka yang mahu bersukan dan selalu di luar memang memerlukan skrin yang lebih terang. Jadi sekiranya anda mahu memiliki Apple Watch pastikan anda memilih versi dengan paparan skrin paling cocok dengan gaya hidup anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd