Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini telah mengumumkan Cortana untuk Windows 10, selain turut mengatakan aplikasi khusus untuk Android dan iOS bakal dilancarkan. Kini, selain daripadanya, Microsoft juga turut akan membawa sokongan pembantu digital mereka kepada pengguna konsol permainan Xbox One.

Cortana Xbox One

Cortana Xbox One

Perkara ini mungkin sedia dijangka dan diketahui ramai. Menurut Microsoft, Cortana akan menjadi pembantu digital yang baik kepada jutaan pemain di luar sana, membolehkan pengguna membuat beberapa carian dan arahan ketika sedang memainkan permainan. Microsoft turut mengatakan Cortana akan membantu pemain menemui pelbagai permainan baru, meneui rakan baru di Xbox Live, mahupun mengenali akan pesaing-pesaing baru.

Pemain juga boleh merakamkan permainan dengan arahan suara, dan berkongsi dengan lain menggunakan Cortana ini. Disamping itu, pengguna juga boleh turut mengakses pelbagai info semasa lain – termasuk sync akan data daripada komputer Windows 10 terus ke Xbox One.

Kemaskini ini bakal hadir ke Xbox One dalam masa beberapa bulan lagi, dan akan dimulakan dengan pengenalan kepada pengguna di Amerika Syarikat dan UK terlebih dahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd