Cari @ Amanz

OnePlus hari ini berkongsi mengenai tarikh pelancaran OnePlus 2, iaitu telefon pintar terbaru daripada mereka untuk tahun ini, dan bakal diumumkan secara rasminya pada 27 Julai kelak. Menariknya, acara pelancaran peranti berkenaan akan turut dipertontonkan dalam paparan realiti-maya, sekaligus membolehkan pengguna seluruh dunia menikmatinya dalam kaedah baru yang lebih dekat berbanding hanya menonton video pelancaran seperti biasa.

OnePlus VR

OnePlus dengan pengguna teknologi VR untuk pelancaran produk akan menjadi antara yang terawal menggunakannya secara besar-besaran. Malah, mereka turut menyediakan OnePlus Cardboard yang akan ditawarkan kepada semua pengguna secara percuma. Maklumat mengenai penawaran tersebut dijangka dikongsikan oleh OnePlus tidak lama lagi.

Buat masa ini, pihak OnePlus telah bekongsi mengatakan OnePlus 2 akan dijana menggunakan cip Snapdragon 810 (generasi kedua), selain turut dilengkapi dengan port pengecasan berasaskan USB Type-C.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd