Cari @ Amanz

Sekiranya anda pemilik Asus Zenfone 2 ZE550ML, ada berita menarik untuk anda. Seorang pengguna peranti ini memuat naik perbualan beliau menggunakan aplikasi Asus Support dan pihak Asus memaklumkan Android 5.1 sedang dalam proses ujian akhir. Ini bermakna kemas kini ini akan hadir pada Zenfone 2 Z3550ML dalam masa terdekat. Kepada yang kurang arif ZE550ML ialah versi Zenfone 2 dengan RAM sebesar 2 Gigabyte. Tidak diketahui sama ada Zenfone 2 Z3551ML (RAM 4 Gigabyte) dan ZE500CL (skrin 5″) akan menerima kemasan terkini ini pada waktu yang sama.

Kami berharap kemas kini terkini ini dapat memperbaiki prestasi bateri Zenfone 2 yang kurang memberangsangkan dan juga masalah peranti yang mudah menjadi panas. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak Asus untuk tarikh sebenar Android 5.1 akan boleh dimuat turun.

Asus Zenfone 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd