Cari @ Amanz

Cortana merupakan salah satu pembantu digital maya yang dibangunkan oleh Microsoft, dan ditawarkan untuk Windows Phone. Dengan kehadiran Windows 10, ia turut diperluaskan kepada desktop, selain Microsoft yang telah mengatakan ia akan hadir ke platform Android dan iOS.

Cortana Android

Hari ini, fail APK untuk aplikasi Cortana ini tertiris ke arena web, sekaligus membolehkan para pengguna melihat sendiri apa yang bakal dibawakan oleh Microsoft melalui Cortana untuk Android.

Microsoft sebelum ini telah mengatakan ia merupakan aplikasi pelengkap untuk Cortana pada Windows 10, tetapi daripada fail APK yang tertiris ini, ia hanya memerlukan pengguna log masuk menggunakan akaun Microsoft, dan sudah boleh menggunakannya.

Melaluinya, ia menawarkan kemudahan membuat carian, membuat panggilan, menghantar mesej, menambah peringatan, membuat nota, menetapkan penggera, dan beberapa perkara lain.

Cortana Android

Cortana Android

Cortana Android

Cortana Android

Cortana Android

Daripada percubaan kami untuk versi tertiris ini, ia dilihat berfungsi dengan lancar dan tidak menghadapi masalah langsung untuk diakses. Malah, pengecaman suara juga amat lancar. Kesemua perkataan yang kami ucapkan dapat dikenal-pasti dengan jayanya oleh Cortana untuk Android ini.

Microsoft dijangka akan melancarkan versi rasmi Cortana untuk Android ini dalam beberapa minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd