Cari @ Amanz

OnePlus One telah diperkenalkan sebelum ini, dimana ia membawakan ciri-ciri flagship tetapi pada harga rendah. Perkara ini membuatkan ramai pengguna turut menjangka OnePlus 2 akan membawakan harga jualan yang lebih kurang sama. Berkongsi mengenainya melalui Tweet, OnePlus mengatakan mereka berjanji harga jualannya kelak akan dibawah $450 (~RM1721).

OnePlus Two

Pihak OnePlus sebelum ini turut pernah mengatakan yang mana harga jualannya akan lebih tinggi daripada $322 (~RM1232) – dan perkongsian hari ini memperlihatkan harga jualannya akan sekitar antara RM1200 ke RM1750.

Buat masa ini, OnePlus telah berkongsi beberapa perkara mengenai telefon pintar mereka, termasuk ia akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810 generasi kedua, menyertakan pengimbas cap jari, selain turut hadir dengan sokongan pengecasan berasaskan USB Type-C.

OnePlus menjadualkan tarikh 27 Julai kelak untuk pengumuman telefon pintar terbaru mereka ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd