Cari @ Amanz

Hari jadi mendiang Eiji Tsuburaya yang ke-114 disambut hari ini oleh Google. Beliau ialah bapa kepada adiwira popular Ultraman dan juga pernah menghasilkan beberapa filem Godzilla semasa hayat beliau. Kami yakin kesemua pembaca Amanz membesar dengan menonton siri TV Ultraman ciptaan beliau. Mendiang sudah pergi meninggalkan kita sejak 1970.

Sempena hari bersejarah ini, Google Doodle interaktif membolehkan anda menghasilkan filem pendek Ultraman anda sendiri. Terdapat 10 permainan perlu anda mainkan sebelum filem pendek dapat dihasilkan. Versi akhir filem pendek ini bergantung kepada kepakaran anda melengkapkan cabaran 10 permainan yang disebut tadi. Antara cabaran yang diberikan ialah memasangkan baju Kaiju pada pelakon, memijak kereta kebal ala Godzilla dan mengawal pergerakan kamera untuk merakam aksi Ultraman.

Kami ada sebuah fakta menarik mengenai Ultraman. Tahukah anda mengapa Ultraman melakukan aksi silang tangan untuk membunuh kaiju yang jahat? Eiji Tsuburaya menganut ugama Kristian Katolik dan lambang salib yang dilakukan Ultraman adalah simbolik kuasa tuhan memusnahkan kejahatan di dunia. Berikut ialah rakaman Google Doodle Eiji Tsuburaya yang sempat kami rakamkan.

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd