Cari @ Amanz

Pada September lalu pihak Google telah melancarkan Google Street View di Semenanjung Malaysia yang kini meliputi hampir 90% lokasi. Hari ini, pihak Google Malaysia telah memperluaskannya ke Sabah dan Sarawak dalam memudahkan pengguna mencari dan melihat jalan melalui fungsi Street View pada Google Maps.

Menariknya, Google berkata Google Street View di Sabah dan Sarawak telah meliputi hampir 80% jalan-jalan awam termasuk jalan-jalan persekutuan dan kawasan kejiranan. Beberapa tempat pelancongan menarik di Sabah dan Sarawak turut dirakam Google Street View antaranya Taman Negara Mulu yang merupakan salah satu tapak warisan UNESCO.

image

Google Malaysia turut berkongsi yang mana mereka menggunakan Street View Car untuk merakam jalan-jalan awam di Sabah dan Sarawak iaitu sebuah SUV dengan kamera Street View. Mereka juga turut menggunakan Street View Trekker iaitu sebuah beg yang disandang bersama sistem kamera untuk merakam imej di sekitar Taman Negara Mulu.

Bagi anda yang ingin menikmati Google Street View di Sabah dan Sarawak, anda kini boleh mengaksesnya di Google Maps dan menikmati kawasan yang diingini dalam panorama 360 darjah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd