Cari @ Amanz

LG Malaysia hari ini secara rasminya telah pun mengumumkan penawaran telefon pintar terbaru mereka di Malaysia, iaitu LG G4. Telefon pintar ini akan dijual melalui pengedar rasmi LG seluruh negara, pada harga RM2499.

LG G4

LG G4 merupakan telefon pintar terbaru dan flagship daripada pengeluar peranti Korea Selatan yang sering dikaitkan sebagai pesaing terdekat rakan senegara mereka, Samsung. LG G4 menggunakan sistem operasi berasaskan Android, serta hadir dengan antaramuka khusus LG UX 4.0.
Dari segi spesifikasi, LG G4 menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan pada resolusi 2K.

Disamping itu, untuk menguasakannya, LG menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 808 1.8Ghz, memori 3GB RAM, serta hadir dengan kamera belakang 16-megapixel.

LG G4

Menariknya pada kamera belakang LG ini adalah ia hadir dengan sokongan OIS, serta menggunakan Laser-Autofokus untuk pemfokusan gambar yang pantas, sekaligus memudahkan anda merakamkan gambar dengan lebih cepat dan tidak terlepas sebarang detik penting.

Untuk rakaman selfie, LG menyertakan kamera hadapan 8-megapixel. Turut melengkapkan peranti ini adalah bateri 3000mAh yang boleh ditanggalkan dan dilengkapi sokongan pengecasan pantas, dan memori 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad-mikro-SD.

Di Malaysia, LG G4 akan dijual pada harga RM2499 bermula esok dan ditawarkan dalam pilihan warna hitam, putih, dan juga merah. Bagi beberapa pembeli terawal, LG turut menawarkan Leather Quick Cover Case, serta Battery Charging Kit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd