Carian
Microsoft Akan Menyokong Windows 10 Selama 10 Tahun – Sehingga Tahun 2025
July 18, 2015 Aman

Setiap sistem operasi Windows yang dikeluarkan Microsoft mempunyai jangka masa sokongan yang agak lama, dan kini Microsoft turut mengemaskini halaman produk mereka, serta mengesahkan Windows 10 akan mempunyai tempoh sokongan selama 10 tahun lamanya.

Melalui Windows 10, pihak Microsoft seperti mengubah sedikit gaya penawaran sistem operasi mereka yang mana kini dikendalikan lebih sebagai sebuah perkhidmatan. Pengguna Windows 7 dan Windows 8.1 boleh menaik-tarafnya secara percuma, dan mereka akan kekal menerima sokongan utama (meliputi pelbagai fungsi baru dan sebagainya) sehingga 13 Oktober 2020 kelak. Sokongan yang diperluaskan (meliputi kemaskini sekuriti) pula ditawarkan sehingga 14 Oktober 2025 kelak.

Microsoft juga akan menggunakan kaedah pengenalan kemaskini berperingkat, malah mungkin terdapat sedikit perbezaan fungsi yang ditawarkan berdasarkan kepada keupayaan sesebuah peranti.

Dengan sokongan selama 10 tahun ini, ia sekaligus membawa kepada pelbagai persoalan – termasuk seperti bilakah versi baru sistem operasi Windows seterusnya akan dibangunkan, ataupun Microsoft akan mengekalkan Windows 10 sebagai sistem operasi terakhir dan menawarkan kemaskini demi kemaskini untuk mengekalkannya sebagai sistem operasi terkini daripada mereka.

Windows 10 Support

Komen