Cari @ Amanz

Di web, terdapat pelbagai laman web menarik dimana ada kalanya anda ingin membaca sesuatu artikel berkaitan dengan apa yang anda sedang baca atau layari. Untuk memudahkan perkara ini, salah satu pemalam yang menarik untuk dicuba adalah NewsBot untuk Chrome.

Menggunakan NewsBot ini, anda hanya perlu melayari web seperti biasa, dan sekiranya anda sedang membaca sesuatu berita atau artikel, dan inginkan info lanjut atau artikel berkaitan yang lain – pengguna hanya perlu tekan kekunci pintas CTRL + SHIFT + 5.

NewsBot Chrome

Kami sendiri telah mencuba fungsi ini beberapa kali, dan ia memaparkan artikel berkaitan yang sangat relevan dengan apa yang sedang dibaca. Artikel berkaitan yang dipaparkan juga dilihat diambil daripada laman-laman dan penerbitan terkemuka antarabangsa.

Apa pun, salah satu kekangan adalah dimana ia hanya memaparkan artikel berbahasa Inggeris sahaja, dan tiada sebarang artikel berbahasa Malaysia dipaparkan untuk carian artikel berkaitan buat masa ini.

Bagi anda yang menggunakan Google Chrome, anda boleh menambah pemalam NewsBot ini dalam usaha memudahkan anda membaca artikel berkaitan yang mungkin menarik minat anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd