Cari @ Amanz

Oppo Malaysia akan melancarkan Oppo R7 Plus secara rasminya di Malaysia pada 7 Julai ini. Hari ini, berkongsi lanjut mengenainya, Oppo Malaysia mengatakan mereka akan menawarkan Oppo R7 Plus dalam pilihan warna emas untuk pasaran Malaysia – salah satu pilihan warna yang diminati ramai akhir-akhir ini sebagai warna untuk telefon pintar mereka.

Oppo R7 Plus merupakan phablet daripada Oppo, yang telah dilancarkan secara rasminya sebelum ini bersama-sama pengenalan Oppo R7. Ia hadir dengan beberapa ciri-ciri tambahan selain daripada saiznya yang besar, termasuk salah satunya adalah sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Ketika pelancaran, Oppo R7 Plus hanya akan ditawarkan dalam pilihan warna emas sahaja untuk pasaran tempatan.

Oppo R7 Plus

Oppo seperti biasa turut menyertakan ciri-ciri popular mereka pada telefon pintar baru ini, termasuk Oppo VOOC, selain kebolehan memuat-turun mod tambahan seperti rakaman gambar RAW melalui kamera Oppo R7 Plus.

Oppo dijangka berkongsi lanjut mengenai peranti ini pada 7 Julai 2015 ini, dimana selain daripada Oppo R7 Plus, mereka turut dijangka mengumumkan produk lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd