Cari @ Amanz
  • Amaran
  • Dikemaskini : Model yang diperlihatkan kepada media semalam adalah model Oppo R7, dan bukannya Oppo R7 Lite. Kami telah mengemaskini artikel berdasarkan apakah yang dibawakan oleh model Oppo R7 Lite.

Oppo Malaysia hari ini telah memperkenalkan dua telefon pintar baru, dan salah satu daripadanya adalah Oppo R7. Oppo R7 membawakan beberapa fungsi yang sama seperti peranti dibawah keluarga Oppo R7, tetapi dengan sedikit perbezaan pada spesifikasi dan beberapa fungsi yang hadir padanya.

Rekaan Oppo R7

Oppo R7 Lite

Oppo R7
Pemproses Snapdragon 615 8-teras
Skrin 5-inci HD AmOLED
RAM 2GB
Muatan Dalaman 16GB + MikroSD
Kamera Utama 13 Megapixel
Kamera Hadapan 8 Megapixel
Bateri 2320mAh
Lain-Lain Dwi-SIM, LTE

Oppo R7 hadir dengan rekaan unibody, dimana tiada bahagian boleh ditanggalkan – kecuali bahagian SIM. Bahagian SIM diposisikan pada bahagian tepi kanan dan perlu dibuka dengan pin khusus. Bahagian SIM ini diintegrasikan bersama-sama kad mikro-SD. Ruangan ini berbentuk hibrid, dimana jika pengguna menggunakan kad SIM kedua, maka tidak boleh menggunakan kad mikro-SD, dan begitu juga jika sebaliknya.

Pada bahagian hadapan, ia menyertakan skrin yang dikatakan oleh Oppo sebagai rekaan 2.5D – dimana ia membawakan sedikit lengkungan pada bahagian tepi untuk memudahkan pengguna memegang peranti berkenaan.

Kami yang sudah biasa menggunakan peranti bersaiz 5-inci tidak menghadapi sebarang masalah untuk menggunakan telefon pintar ini. Pada bahagian bawah peranti, Oppo menyertakan butang kawalan kapasitif. Salah satu perkara yang kami tidak sukai pada peranti Oppo ini adalah penggunaan ColorOS yang menetapkan butang multi-tasking (butang paling kiri) perlu ditekan seketika untuk mengaktifkan paparan multi-tasking sebaliknya jika hanya tekan sekali ia sekadar membuka paparan untuk mengubah tetapan homescreen seperti menambah widget dan sebagainya. Jika anda hadir daripada menggunakan peranti Android yang lain, mungkin ia mengambil seketika untuk menyesuaikan diri, tetapi jika daripada peranti ColorOS lain, mungkin ini bukan suatu masalah untuk anda.

Oppo R7 Lite


Gestures – Dwi-Tap Untuk Aktifkan Skrin

Oppo sebelum ini telah menyertakan sokongan gesture pada beberapa telefon pintar mereka, dan ia turut hadir pada Oppo R7 ini. Pada Oppo R7, pengguna boleh menggunakan sokongan dwi-tap untuk aktifkan skrin, sekaligus tidak lagi perlu menekan butang kuasa setiap kali ingin melihat skrin. Ia juga lebih mesra pengguna berbanding penggunaan butang kuasa fizikal.

Disamping itu, beberapa sokongan gesture lain yang turut disertakan adalah kebolehan untuk merakamkan paparan skrin dengan meleretkan tiga jari ke bahagian bawah skrin. Pengguna juga turut boleh menetapkan beberapa tetapan untuk Screen-Off Gestures, membolehkan anda melakukan beberapa lakaran pada skrin ketika ia dalam keadaan tertutup dan ia akan secara automatik membuka aplikasi yang dikehendaki berdasarkan gesture yang dilakukan.


Kamera 13-Megapixel

Oppo sering melengkapkan peranti mereka dengan sokongan kamera yang menarik. Pada Oppo R7, Oppo menyertakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, serta kamera 8-megapixel pada bahagian hadapan untuk selfie.

Untuk kamera, seperti biasa beberapa mod khusus disediakan, termasuk kebolehan merakamkan gambar dalam bentuk RAW. Pengguna terlebih dahulu perlu memuat-turun mod khusus ini daripada kedai aplikasi khusus yang disediakan oleh Oppo pada bahagian kamera, dan mula merakamkan gambar dalam bentuk RAW.

ColorOS 2.1

Selain daripada RAW, pengguna turut boleh memuat-turun mod-mod tambahan lain seperti Beautify untuk rakaman wajah yang cantik, rakaman gambar HDR, rakaman Super Macro, dan juga rakaman Double Exposure.

Oppo turut melengkapkan kamera belakang pada R7 dengan beberapa fungsi tambahan, termasuk sokongan anti-gegaran, dan juga Phase Detection Auto-Focus.


ColorOS 2.0 Dan Android 4.4 KitKat

Oppo R7 dijana menggunakan sistem operasi Android 4.4 KitKat, dan dilengkapi dengan antaramuka khusus yang dibawakan oleh Oppo dinamakan sebagai ColorOS. Oppo menggunakan ColorOS 2.0 pada peranti ini, dimana menurut pihak Oppo, ia lebih stabil berbanding beberapa variasi sistem operasi Android yang lain (EMUI, MIUI, dan lain-lain), serta lebih stabil berbanding versi ColorOS sebelum ini. Oppo turut menyertakan kemaskini dari segi antaramuka dan ikon berbanding versi sebelum ini, serta membolehkan pengguna mengetahui sama ada ia merupakan set asli tempatan ataupun sebaliknya dengan menyemak halaman tetapan pada peranti.

ColorOS 2.1

ColorOS 2.1

ColorOS 2.1

ColorOS 2.1


Di Malaysia, Oppo R7 akan dijual pada harga RM1298. Pengguna boleh membuat pra-tempahan untuk telefon pintar ini bermula 11 Julai 2015 ini di pengedar rasmi Oppo seluruh negara. Oppo R7 dijangka hadir dan dijual melalui kedai bermula bulan Ogos kelak.

  • Amaran
  • Dikemaskini : Model yang diperlihatkan kepada media semalam adalah model Oppo R7, dan bukannya Oppo R7 Lite. Kami telah mengemaskini artikel berdasarkan apakah yang dibawakan oleh model Oppo R7 Lite.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd