Cari @ Amanz

Serangan Pusat Dagangan Dunia New York pada 11 September 2001 membuatkan penduduk bangunan pencakar langit di Amerika Syarikat menjadi paranoid. Video  pekerja terperangkap di dalam bangunan dan tidak dapat menyelamatkan diri sebelum bangunan runtuh masih lagi menghantui mereka sehingga sekarang. Pasca 911 pelbagai alat dicipta bagi membolehkan penduduk bangunan tinggi menyelamatkan diri sekiranya kejadian yang sama berulang.

SkySaver-1

Insiden 911 sudah berlalu hampir 14 tahun tetapi penciptaan alat menyelamatkan diri dari pencakar langit masih lagi belum terhenti. SkySaver ialah salah satu alat keselamatan yang dicipta dan ianya nampak agak praktikal untuk kegunaan di bangunan Malaysia. Ia adalah sebuah beg galas dengan abah-abah serta sistem kabel terbina. Di dalam situasi kecemasan seperti kebakaran misalnya, pengguna hanya perlu mencangkuk kabel SkySaver pada balkoni dan terjun. Sistem takal SkySaver akan menurunkan pemakai pada kadar 1-2 meter sesaat. Terdapat tiga versi dihasilkan iaitu dengan kabel sepanjang 25, 50 dan 80 meter. Ini membolehkan anda menyelamatkan diri dari bangunan setinggi lebih kurang 20 tingkat.

Sistem SkySaver dijual pada harga bermula dari $749 (RM 2900) sebuah. Harga yang agak mahal tetapi sebagai penduduk sebuah kondo harus saya akui SkySaver kelihatan seperti sebuah pelaburan waktu kecemasan yang agak berbaloi.

SkySaver-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd