Cari @ Amanz

Kualiti grafik permainan komputer kini semakin hampir kepada dunia sebenar. Grafik Project Cars contohnya sukar untuk dibezakan dengan gambar yang diambil. Oleh sebab itu cara terbaik untuk bermain permainan berasakan kereta ialah dengan membeli pengawal berbentuk stereng dan set pedal kawalan kaki. Sungguhpun begitu ilusi seperti memandu di dalam kokpit kenderaan sebenar masih belum dapat dihasilkan 100% kerana anda masih memandang skrin rata.

TL-Simulator-1

Tetapi jika anda benar-benar mahu merasakan anda berada di dalam kokpit kenderaan, anda memerlukan penyelaku (simulator) TL3. Penyelaku keluaran Motion Simulation ini mempunyai skrin melengkung sebesar 2.5 meter yang memberikan pandangan 200 darjah. Ini bersamaan dengan resolusi 5760 x 1080 pixel. Tiga buah projektor digunakan bagi memberikan pemandangan yang mengelilingi pemandu yang duduk di dalam penyelaku. Pemain akan duduk di atas kerusi yang mempunyai sokongan hidraulik yang bergetar mengikut paparan skrin. Pengawal stereng, pedal minyak, brek dan klac turut disertakan sekali. TL3 hanya sesuai digunakan dengan PC. Tiada sokongan untuk konsol setakat ini. Harga jualan pula bermula dari £ 34995 (RM 207 000) sebuah.

TL-Simulator-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd