Cari @ Amanz

Pelancaran edisi terkini peranti iPhone amat dinantikan sungguhpun anda bukan peminat barangan Apple. Ini adalah kerana setiap model terkini akan membawakan pembaharuan yang biasanya akan menjadi ikutan pengeluar peranti lain. Hari ini ura-ura tarikh iPhone 6S dan 6S plus mula kedengaran. Menurut laman MIC Gadget, mereka menerima maklumat dalaman pekerja kilang Foxconn yang menghasilkan iPhone bahawa model terkini peranti ini akan mula dijual 18 September akan datang. Mereka juga mendakwa pengumuman iPhone 6S dan 6S Plus akan dilakukan pada 11 September.

iPhone 6 Plus

Dari segi spesifikasi kedua-dua peranti dijangkakan menggunakan cip Apple A9, RAM 2 Gigabyte dan kamera utama sebesar 12 Megapixel. Ia turut dikhabarkan boleh mengambil video pada resolusi 4K. Kedua-dua peranti juga akan sedikit lebih tebal berbanding model tahun lalu kerana penggunaan skrin Force Touch. Kesasihan berita ini mungkin boleh dicabar kerana adalah tidak masuk akal Apple akan mengumumkan peranti pada 11 September. Ianya hari yang cukup hitam kerana merupakan tarikh serangan World Trade Center pada tahun 2001.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd