Cari @ Amanz

Waze merupakan salah satu aplikasi berbentuk navigasi pemetaan yang telah diambil-alih oleh Google sebelum ini. Syarikat milik Google tersebut kini dilaporkan sedang menguji sebuah aplikasi dan fungsi baru dinamakan “RideSWith” di negara asal mereka, Israel.

Melalui aplikasi “RideWith” ini, ia membolehkan pengguna berkongsi kenderaan dengan yang lain ketika perjalanan dari rumah ke tempat mereka bekerja. Aplikasi ini menggunakan data perjalanan yang digunakan seseorang pengguna untuk ke tempat kerja setiap hari, dan menghubungkan ia kepada mereka-mereka yang sedang melihat kepada perkongsian kenderaan ke sesuatu lokasi pada arah perjalanan yang serupa.

Buat masa ini, RideWith ini diuji dalam bentuk beta bersaiz kecil, dan ia dikatakan setiap pengguna yang memandu akan dihadkan kepada dua perjalanan sahaja setiap hari – supaya dapat memfokuskan kepada tujuan utama iaitu perkongsian kenderaan, dan bukannya mengubah ia kepada pesaing kepada perkhidmatan lain seperti Uber dan sebagainya.

Seperti biasa, dengan perkongsian kenderaan ini, pemandu boleh berkongsi kos perjalanan dengan pengguna yang lain, disamping pada masa yang sama mengurangkan beberapa perkara seperti kesesakkan lalulintas dan sebagainya.

Ia tidak diketahui lagi sama ada RideWith ini akan diperkenalkan pada peringkat global ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd