Cari @ Amanz

Bersempena dengan musim perayaan ini, pelbagai syarikat peralatan elektronik menyediakan promosi menarik mereka kepada para pengguna. Tidak ketinggalan adalah salah satu syarikat yang diminati ramai, Xiaomi. Kini, mereka telah memulakan sebuah kempen sosial yang menarik dalam menawarkan barangan mereka pada harga promosi bersempena Raya ini.

Xiaomi Jom Raya 2015

Xiaomi menjalankan kempen ini selama lima hari, iaitu sehingga 5 Julai ini, dan akan memulakan jualan daripada 6 Julai hingga 8 Julai kelak.

Dalam penawaran mereka, antara produk baru yang akan ditawarkan oleh Xiaomi, adalah termasuk Xiaomi Mi4i berwarna kelabu gelap pada harga RM749, LED Light pada harga RM16, Mi USB Fan pada harga RM16 dan juga Snap Winder Cable pada harga RM6.

Xiaomi Mi4i

Disamping itu, pihak Xiaomi turut menyediakan promosi yang bergantung kepada angka LIKE para pengguna. Sebagai contoh, Xiami Redmi 2 yang berharga RM449 akan dijual pada harga RM349 jika mnerima 15,000 LIKE. Potongan harga seumpamanya turut disediakan untuk Mi In-Ear Headphone, dan juga Mi PowerBank.

Xiaomi juga akan mengadakan jualan pelbagai aksesori untuk produk mereka pada tarikh sama, selain turut menawarkan Mi Pad serta Mi Power Bank pada harga RM799.

  • Info
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd