iFlix Akan Menerbit Kandungan Asli Tersendiri Khusus Untuk Platform Mereka

iFlix Akan Menerbit Kandungan Asli Tersendiri Khusus Untuk Platform Mereka

Diterbitkan pada November 24, 2015 oleh .

iFlix sedia terkenal dikalangan pengguna tempatan dalam penawaran mereka yang membolehkan pengguna strim kandungan berbentuk siri-TV dan juga filem pada harga langganan bulanan serendah RM8. Mereka juga baru-baru ini telah memperkenalkan sokongan untuk muat-turun kandungan dan menontonnya secara offline pada peranti mudah-alih.

iFlix

Kini, bergerak kehadapan, pihak iFlix mengatakan mereka turut merancang untuk menerbitkan kandungan asli mereka tersendiri yang mana akan ditayangkan melalui platform iFlix sahaja.

Mengambil konsep seumpama Netflix, iFlix akan menerbitkan kandungan tersebut dalam bentuk semusim, sekaligus membolehkan pengguna menontonnya dari awal ke akhir tanpa perlu menunggu dari minggu ke minggu seperti di kaca televisyen.

Pihak iFlix tidak berkongsi mengenai sebarang tajuk dan konsep siri-TV mereka yang pertama tersebut. iFlix mengatakan pelbagai proses perlu dilalui termasuk mengimbas skrip, memilih pelakon, melakukan pengambaran dan sebagainya. Jika semuanya bergerak lancar, mungkin kita akan melihatnya pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN