Google Memperkenalkan Sokongan Peta Dan Navigasi Offline Untuk Pengguna Malaysia

Google Memperkenalkan Sokongan Peta Dan Navigasi Offline Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada November 24, 2015 oleh .

Google hari ini telah mula memperkenalkan sokongan peta dan navigasi offline untuk pengguna tempatan, sekaligus membolehkan pengguna Malaysia menggunakan Google Maps tanpa sebarang data internet pada peranti mudah-alih.

Google Maps Offline

Melalui sokongan offline ini, pengguna akan diperlukan untuk memuat-turun data sesuatu kawasan terlebih dahulu, dimana pelbagai data akan dimuat-turun termasuk informasi berkaitan sesuatu lokasi. Memandangkan ia membolehkan pengguna menggunakan aplikasi Google Maps secara offline, maka tiada penyertaan info trafik masa-nyata padanya, melainkan pengguna mengaktifkan internet pada peranti mereka.

Sokongan offline ini memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan Google Maps, terutamanya pada kawasan yang mempunyai liputan rangkaian telekomunikasi yang rendah.

Google Maps Offline

Bagi anda yang menggunakan Google Maps pada Android, anda hanya perlu tap pada menu, dan memilih “Kawasan Luar-Talian”, dan memilih lokasi yang ingin dimuat-turun. Setiap data yang dimuat-turun akan tamat tempoh dalam masa lebih kurang 29 hari – tetapi pengguna boleh mengemaskini tanpa masalah dari semasa ke semasa.

Muat-Turun Google Maps untuk Android

Muat-Turun Google Maps untuk iPhone


TIPS & ULASAN