Xiaomi, beberapa bulan lepas telah memperkenalkan penapis udara mereka tersendiri, dinamakan sebagai Mi Air Purifier. Hari ini, mereka memperkenalkan kemaskini untuk produk berkenaan dengan pengenalan Mi Air Purifier 2.
Xiaomi Mi Air Purifier 2 ini hadir dengan rekaan yang bersaiz lebih kecil, tetapi menawarkan penggunaan kuasa yang lebih efisyen – 58% lebih efisyen berbanding Mi Air Purifier 1.
Xiaomi Mi Air Purifier 2 juga dikatakan lebih senyap, dan membolehkan pengguna mengawalnya menggunakan telefon pintar.
Dari segi penapisan udara, Mi Air Purifier 2 ini boleh menapis kandungan udara PM 2.5 sehingga 99.7%.
Di China, Xiaomi Mi Air Purifier 2 ini dijual pada harga RMB699 (~RM463), dan penapisnya pada harga RMB149 (~RM98).