Xiaomi Mi Pad 2 Akan Turut Hadir Dalam Variasi Windows 10

Xiaomi Mi Pad 2 Akan Turut Hadir Dalam Variasi Windows 10

Diterbitkan pada November 24, 2015 oleh .

Xiaomi hari ini telah melancarkan Xiaomi Mi Pad 2 yang hadir dengan cip pemprosesan Intel. Mungkin ramai yang akan mempersoalkan mengapa Xiaomi menggunakannya dan bukan cip lain. Salah satu sebabnya adalah kerana Xiaomi Mi Pad 2 juga turut hadir dengan sokongan penggunaan sistem operasi Windows 10.

Xiaomi Mi Pad 2

Xiaomi Mi Pad 2 menggunakan cip Intel Atom X5-Z8500, memori 2GB RAM, ruangan storan 64GB, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 6190mAh.

Xiaomi Mi Pad 2 akan hadir dengan menggunakan sistem operasi MIUI 7 berasaskan Android. Menariknya, selain daripada itu, Xiaomi juga turut akan menawarkan versi Windows 10 kepada pengguna.

Seperti versi Android, versi Windows turut akan ditawarkan dalam dua variasi warna – kelabu dan emas, dan ia akan dijual di China bermula Disember pada harga RMB1299 (~RM861).


TIPS & ULASAN