Cari @ Amanz

Lenovo Malaysia hari ini telah melancarkan beberapa produk baru mereka, dan salah satunya adalah peranti baru pada siri keluarga PHAB, iaitu Lenovo PHAB. Lenovo PHAB memfokuskan kepada mereka yang ingin skrin bersaiz besar, iaitu bersaiz 6.98-inci.

Lenovo PHAB

Dari segi spesifikasi, Lenovo PHAB menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 410 1.2Ghz, memori 1GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Peranti ini hadir dengan kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 5-megpixel. Lenovo tuurt menyertakan sokongan audio Dolby Atmos bersama-sama dengannya, dan bateri berkapasiti 4250mAh.

Dari segi perisian, ia hadir dengan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.

Di Malaysia, Lenovo PHAB akan dijual pada harga RM799.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd