Cari @ Amanz

Pada tahun ini, pelbagai masalah berkaitan kerentanan mengenai sistem dan peranti telah dikongsikan. Terkini, salah satu kerentanan aru yang ditemui adalah pada komputer riba Dell.

Melalui komputer riba Dell, pihak Dell menyertakan sijil sekuriti terbina, eDellRoot. Ia disertakan untuk memudahkan khidmat pelanggan Dell untuk menyemak dan mengesahkan komputer pengguna dengan pantas dan mudah. Namun, penyertaan ia menjadikan komputer riba Dell terdedah kepada masalah sekuriti.

Berbeza dengan Lenovo dengan Superfish, kerentanan pada komputer Dell ini tidak begitu besar, dan tidak mencuri sebarang data pengguna. Namun, ia masih membuatkan komputer pengguna terdedah kepada masalah digodam pihak ketiga.

Untuk mengatasinya, pihak Dell telah menyediakan panduan asas yang boleh membuang sijil sekuriti yang tidak dikehendaki tersebut. Pengguna boleh memuat-turun sebuah perisian khusus yang disediakan oleh Dell dan menggunakannya untuk membuang.

Terlebih dahulu, jika anda ingin menyemak sama ada sistem anda terjejas atau sebaliknya, anda boleh melayari laman ujian khusus menggunakan Chrome – dan jika ia memaparkan masalah sekuriti HTTPS, maka komputer riba anda adalah tidak terjejas dengan masalah ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd