Integrasi Adobe Acrobat Reader Dan Dropbox Membolehkan Anda Menyunting PDF Pada iPhone

Integrasi Adobe Acrobat Reader Dan Dropbox Membolehkan Anda Menyunting PDF Pada iPhone

Diterbitkan pada November 25, 2015 oleh .

Dropbox sedia digunakan ramai dalam menguruskan dokumen mereka pada peranti mudah-alih dan juga komputer. Kini, hasil usahasama Dropbox dan juga Adobe, pengguna peranti iOS kini boleh membuat penyuntingan dokumen PDF terus pada peranti mudah-alih mereka.

Pengguna iPhone atau iPad, jika anda mempunyai aplikasi Acrobat Reader terpasang pada peranti anda, kini anda boleh terus membuka dokumen PDF yang disimpan pada Dropbox, seterusnya membuat penyuntingan, dan menyimpan perubahan kembali di Dropbox.

Dropbox Adobe

Pengguna desktop juga turut boleh melakukan perkara sama dengan menghubungkan akaun Dropbox pada perisian Adobe Acrobat – sekaligus memudahkan pengguna membuka dokumen daripada Dropbox pada Acrobat Reader.

Sokongan yang sama turut dijangka akan hadir kepada pengguna Android pada tahun hadapan.

Muat-Turun Dropbox untuk iOS

Muat-Turun Acrobat Reader untuk iOS


TIPS & ULASAN