Apple Mempatenkan Sistem Bumper Menyerap Hentakan Untuk iPhone

Apple Mempatenkan Sistem Bumper Menyerap Hentakan Untuk iPhone

Diterbitkan pada November 25, 2015 oleh .

Kerosakan peranti akibat terjatuh adalah jenis kerosakan yang paling banyak berlaku dan dialami sekurang-kurangnya sekali oleh pemilik. Jika anda bernasib baik peranti hanya akan tercalar. Sekiranya nasib anda kurang baik, peranti anda akan retak seribu mengakibatkan kos baik pulih yang tinggi. Semakin mahal harga peranti, semakin mahal harga alat gantinya. Oleh sebab itu kami mengesyorkan adan menggunakan cangkerang bagi mengelakkan anda menyesal di kemudian hari.

Apple-Paten-Bumper-Pelampung-1

Apple kini mempatenkan sebuah lagi sistem kecemasan yang mengelakkan kerosakan apabila peranti terjatuh. Sebelum ini kami ada melaporkan sistem pelindung skrin yang mereka patenkan. Paten terkini mempunyai empat bumper pada setiap penjuru peranti. Apabila peranti dikesan sedang terjatuh oleh accelerometer, keempat-empar bumper ini akan terkeluar secara automatik. Setiap bumper mempunyai sistem spring yang akan menyerap tenaga kinetik yang dihasilkan. Bumper diperbuat daripada bahan busa dan ini membolehkannya juga berfungsi sebagai pelampung apabila peranti terajuh ke dalam air. Dengan paten ini Apple bukan sahaja mempunyai sistem menyerap hentakan malah turut berfungsi sebagai pelampung kecemasan.

Apple-Paten-Bumper-Pelampung--2

 


TIPS & ULASAN