Carian
Lenovo Yoga TAB 3 Pro Dan Yoga TAB 3 8 Memasuki Pasaran Malaysia – Dilengkapi Projektor Terbina
November 25, 2015 Effi Saharudin

Dua tablet di dalam keluarga Yoga TAB 3 dilancarkan di Malaysia semalam. Yoga TAB 3 Pro dan Yoga TAB 3 8 kedua-duanya mempunyai rekaan unik dengan tetongkat terbina.Tetongkat yang sama juga boleh berfungsi sebagai cangkuk untuk menggantung tablet Android 5.1 ini pada permukaan dinding. Yoga TAB 3 Pro mempunyai skrin sebesar 10.1″ dengan resolusi QHD, diperkasakan pemproses Intel Atom X 5-Z8500, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 32 Gigabyte (sokongan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte). Kemampuan optik ialah kamera 13 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapxixel pada bahagian hadapan. Ciri paling istimewa TAB 3 Pro ialah projektor terbina yang mampu memberikan pancaran imej sebesar 70″. Turut disertakan ialah empat pembesar suara yang menyokong sistem audio Dolby Atmos. Bateri sebesar 10200 mAh digunakan dan mampu bertahan selama 18 jam. Tiada harga diumumkan oleh Lenovo dan tablet ini akan mula dijual Disember hadapan.

Lenovo Yoga TAB 3 Pro 20151124_161639

Lenovo TAB 3 8 pula ialah tablet dengan skrin 8″ beresolusi 800 x 1280 pixel, diperkasakan pemproses 1.3 GHz empat teras Snapdragon 210, RAM sebesar 1 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 16 Gigabyte (sokongan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte). Ciri paling unik tablet ini pula ialah kamera 8 Megapixel yang boleh berputar. Sepasang pembesar suara stereo disertakan yang turut menyokong sistem audio Dolby Atmos. Bateri sebesar 6200 mAh digunakan dan mampu bertahan sehingga 20 jam penggunaan. Harga jualan tablet ini ialah RM949 sebuah.

Komen