Humble Codemaster Bundle Menawarkan Permainan Grid 2, DiRT Dan Overlord

Humble Codemaster Bundle Menawarkan Permainan Grid 2, DiRT Dan Overlord

Diterbitkan pada November 25, 2015 oleh .

Humble Bundle terkenal dengan penawaran permainan menarik pada harga yang ditentukan anda. Terkini, mereka bekerjasama dengan Codemaster untuk menawarkan beberapa permainan menarik, termasuk GRID 2, DiRT Showdown dan Overlord.

Humble Codemaster Bundle

Untuk bayaran sebarang harga yang ditetapkan anda, anda akan menerima GRID 2, DiRT Showdown, Overlord, Operation Flashpoint Complete, Hospital Tycoon dan juga Colin McRae Rally.

Sementara jika anda membuat pembayaran purata (yang mana pada harga $5.17 ketika artikel ini ditulis), anda akan turut menerima permainan GRID Autosport, Overlord 2, Overlord Raising Hell, dan GRID 2 Spa-Francorchamps.

Pengguna turut boleh membayar $15 untuk turut menerima DiRT 3, dan Grid 2 : All In DLC Pack. Pihak Humble Bundle turut dijangka akan menambah beberapa permainan lagi bawah Humble Codemaster Bundle sebelum tempoh dua minggu penawaran ini tamat.

Layari : Humble Condemaster Bundle


TIPS & ULASAN