Gambar Huawei Mate 8 Tertiris – Bakal Diumumkan Tidak Lama Lagi

Gambar Huawei Mate 8 Tertiris – Bakal Diumumkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada November 25, 2015 oleh .

Huawei dijangka memperkenalkan Huawei Mate 8 secara rasminya di China pada minggu, dan seperti beberapa peranti sebelum ini, kini gambar yang dikatakan sebagai Huawei Mate 8 tertiris ke arena web.

Huawei Mate 8

Dengan fokus pihak Huawei terhadap rekaan dan binaan pada tahun ini, Huawei Mate 8 turut dilihat menggunakan rekaan berasaskan logam, membawakan pengalaman penggunaan yang lebih premium, dan pada masa yang sama dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari di bahagian belakang.

Huawei Mate 8

Mengikut desas-desus, Huawei Mate 8 ini dijangka akan dilengkapi dengan cip Kirin 950 dan juga skrin bersaiz 6-inci. Telefon pintar dibawah keluarga phablet ini dikatakan akan menggunakan bateri berkapasiti 4100mAh, dan mungkin turut dijana berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Sama-sama kita nantikan Huawei Mate 8 ini diumumkan secara rasminya oleh Huawei tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN