Program e-Usahawan Dilancarkan Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Digital Di Malaysia

Program e-Usahawan Dilancarkan Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Digital Di Malaysia

Diterbitkan pada November 25, 2015 oleh .

Ketika Belanjawan 2016 yang lepas, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana untuk pembangunan program keusahawanan generasi muda. Lanjutan daripadanya, hari ini, MDeC mengumumkan program baru dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia, iaitu program e-Usahawan.

Najib e-Usahawan

Melalui program e-Usahawan ini, ia menyasarkan untuk membantu generasi muda dalam bidang teknologi keusahawanan, sekaligus pada masa yang sama memberikan inspirasi dan pendedahan kepada pengguna dan usahawan tempatan dalam memanfaatkan penggunaan teknologi digital untuk bidang keusahawanan dan perniagaan.

Program ini turut akan dijalankan dengan kerjasama beberapa institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional tempatan – sekaligus mendidik para pelajar dalam menggunakan platform digital dalam melahirkan usahawan generasi baru.

Bercakap mengenai industri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan pasaran e-dagang dijangka mencapai nilai RM72 bilion pada tahun ini, dan dijangka meningkat kepada RM88 bilion pada tahun 2016 kelak.


TIPS & ULASAN