Spesifikasi PC Untuk Just Cause 3 Diumumkan
Artikel Berkaitan

Spesifikasi PC Untuk Just Cause 3 Diumumkan

Diterbitkan pada November 25, 2015 oleh .

Just-Cause-3-PC

Permainan dunia terbuka Just Cause 3 akan mula dijual 1 Disember ini pada platform PC, PlayStation 4 dan Xbox One. Avalance Studios yang membangunkan permainan ini sudah berkongsi spesifikasi minimum dan yang disarankan bagi pemilik PC. Tidak pula diberitahu saiz storan permainan dan sama ada Windows 10 disokong. Jelas sekali zaman permainan komputer dengan RAM minimum 4 Gigabyte dan sistem operasi 32 bit sudah berakhir. Adakah PC anda mampu memainkan permainan ini?

Spesifikasi PC Just Cause 3
Pemproses Paling Minimum Intel Core i5-2500K, 3.3 GHz

AMD Phenom II X6 1075T 3 GHz

Pemproses Disarankan Intel Core i7-3770, 3.4 GHz

AMD FX-8350, 4.0 GHz

Kad Grafik Paling Minimum Nvidia GeForce GTX 670 (2 GB)

AMD Radeon HD 7870 (2 GB)

Kad Grafik Disarankan Nvidia GeForce GTX 780 (3 GB)

AMD R9 290 (4 GB)

RAM Paling Minimum 6 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan Tidak Diumumkan
Sistem Operasi Windows 7 SP1 (64bit). Windows Vista SP2 (64bit), Windwos 8.1 (64 bit)

 


TIPS & ULASAN