Cari @ Amanz

Sony beberapa bulan lepas telah memperkenalkan PS4 HDD Bay Cover, atau kerangka luar tambahan berwarna-warni untuk PlayStation 4. Ia membolehkan pengguna memberikan personaliti untuk konsol anda mengikut citarasa anda.

Sony PlayStation 4

Terkini, aksesori tambahan tersebut telah pun mula dijual di Malaysia, dimana ia ditawarkan dalam pilihan warna terhad – biru, hijau, ungu, perak dan juga emas. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di Sony Store di KLCC dan juga The Curve sahaja.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu membelinya dan memasangnya pada konsol dengan mudah.

Di Malaysia, kerangka luar tambahan berwarna ini dijual pada harga RM99.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd