Cari @ Amanz

Memang besar, memang menawan, memang menarik dan tertarik. Tanpa prejudis kami di Amanz memang mengagumi prestasi kamera terbaharu daripada ‘keluarga’ A7 Sony ini. Sony tampil di pasaran dengan reputasi yang sangat baik di kalangan jurugambar amatur dan juga profesional dengan pengenalan siri Sony A7 mereka. Selain Leica, Sony adalah pengeluar yang tampil dengan sensor berbingkai penuh 24mmx36mm tanpa cermin. Namun begitu Sony lebih kepada dekat dengan pengguna DLSR berbanding Leica yang kekal sebagai sistem ‘rangefinder’.

Sony α7R II

Sony A7R II tampil garang dengan sensor bingkai penuh BSI CMOS 42-Megapiksel! Tetapi tunggu, A7R II tidak tamat di situ, pejam mata dan bayangkan sensor bingkai penuh BSI CMOS 42-Megapiksel yang didatangkan dengan penstabilan imej 5-paksi, 399 pengesanan fasa pemfokusan di atas sensor, rakaman video 4K dan ciri-ciri hebat yang masih panjang untuk ditulis. Mungkin ini membuatkan anda tidak senang duduk dan mencongak-congak bajet belanjawan dan bonus tahunan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Di situ anda pasti ingin berdoa agar majikan anda bermurah hari kerana kamera ini tidaklah semurah model-model A7 yang awal. Kamera mantap ini tampil dengan harga pengenalan RM11,999 termasuk GST, untuk badan kamera sahaja.

Sony α7R II

Berbaloi atau tidak, bakal kita lihat sejauh mana prestasi kamera ini berdasarkan pengalaman merakam dengan Sony A7R II ini selama 4 hari, baru-baru ini.

Kami melihat kepada 3 aspek utama dalam menilai kelebihan resolusi tinggi 42-Megapiksel Sony A7R II ini, iaitu perbandingan saiz, butiran imej, ISO dan juga julat dinamik atau dynamic range pada sensor.


Sony α7R II – Perbandingan Saiz

Jika hasil imej daripada Sony A7R II ini dibesarkan sebanyak hanya 300%, panjang imej adalah bersamaan dengan purata tinggi seorang lelaki dewasa dengan ketinggian 5’ 7”. Namun adakah masih kekal berkualiti? Mari kita lihat.

Imej asal

Sampel Sony A7R2

Pembesaran 300%

Sampel Sony A7R2

Dengan resolusi asal imej A7R II yang dihasilkan pada 350Dpi, kami pasti tidak ramai yang dapat melihat pecahan piksel ketara pada imej yang dicetak lebih besar daripada 300% pembesaran ini di ruang pameran.


Sony α7R II – Butiran Imej

Kita akan lihat sejauh mana kehebatan resolusi besar 42Megapiksel dibandingkan dengan kualiti perincian imej yang dihasilkan. Suka kami nyatakan di sini, selain ‘cropping’, imej-imej yang dirakam adalah kekal sepertimana asal ia dirakam oleh Sony A7R II tanpa sebarang suntingan lain.

Imej asal

Sampel Sony A7R2

Imej Potongan 1

Sampel Sony A7R2

Imej Potongan 2

Sampel Sony A7R2

Butiran Wajah

Sampel Sony A7R2

Butiran muka dan tona kulit

Sampel Sony A7R2


Sony α7R II – ISO

Sensor berbingkai penuh terkenal dengan kelebihan tetapan ISO tinggi tanpa menjejaskan kualiti imej, tertamanya dengan berkurangnya kehadiran ‘noise’. Sejak kehadiran Sony A7 yang pertama, kelebihan ini menjadi buah mulut jurugambar. Tetapi adakah dengan jumlah piksel yang tinggi ini Sony masih mampu mengekalkan reputasi kualiti imej pada ISO tinggi?

ISO 20000

Sampel Sony A7R2

ISO 12800

Sampel Sony A7R2

*Imej dirakam dengan Noise Reduction berada pada tahap normal.


Sony α7R II – Penstabilan Imej 5-Paksi

Ini adalah sangat mengujakan kerana Sony adalah pengeluar pertama kamera dengan sensor berbingkai penuh yang tampil dengan penstabilan imej pada sensor! Kami juga tertanya-tanya bagaimana mereka boleh melakukannya? Tapi apapun jawapannya, kami pasti dengan adanya penstabilan imej ini, jurugambar tidak lagi ragu-ragu untuk membuat rakaman di bawah pencahayaan rendah sehingga 1/10s kelajuan pengatup dengan pegangan tangan.

Kestabilan pada 1/10s*

Sampel Sony A7R2

*Jurugambar berdiri statik


Sony α7R II – Julat Dinamik

Sensor berbingkai penuh sememangnya terkenal dengan julat dinamik yang lebih tinggi berbanding saiz sensor yang lebih kecil. Namun adakah dengan pertambahan piksel yang terlalu tinggi memberikan kesan positif atau sebaliknya kepada julat dinamik sensor Sony A7R II? Kita bakal lihat butiran yang tinggal pada kawasan bercahaya tinggi (highlight) dan juga di kawasan berbayang (shadow).

Imej asal

Sampel Sony A7R2

Butiran pada baying-bayang

Sampel Sony A7R2

Butiran pada pencahayaan tinggi

Sampel Sony A7R2


Jadi persoalannya sekarang, adakah ia berbaloi? Kami mengatakan, ya ia berbaloi kepada mereka yang memerlukan resolusi imej yang tinggi terutamanya jurugambar yang berkerja di dalam bidang fesyen, editorial, landskap, potret, fotografi studio dan pengiklanan. Tetapi Sony A7R II ini tetap merupakan pelaburan yang menarik buat semua. Apapun kami menasihatkan agar pengguna yang bakal menjadi pemilik Sony A7R II ini agar menggabungkan kamera hebat ini dengan barisan lensa-lensa hebat ‘FE’ Full Frame E-mount yang sedia-ada agar keupayaan sebesar Sony A7R II ini dapat ditonjolkan sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd