LG Ray Diperkenalkan Dengan Fokus Terhadap Pasaran Negara Membangun
LG

LG Ray Diperkenalkan Dengan Fokus Terhadap Pasaran Negara Membangun

Diterbitkan pada November 25, 2015 oleh .

LG mempunyai beberapa peranti mudah-alih dibawah mereka, dan terkini, memfokuskan kepada negara-negara membangun, mereka telah memperkenalkan sebuah telefon pintar baru, dinamakan sebagai LG Ray.

LG Ray

LG Ray membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi dengan paparan 720p, cip pemprosesan 1.4Ghz lapan-teras, memori 1GB RAM dan ruangan storan 16GB. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Memandangkan ia menyasarkan pasaran negara membangun sahaja, maka ia hadir dengan sokongan rangkaian 3G sahaja.

LG Ray menggunakan Android 5.1 Lollipop, dan akan dipasarkan di beberapa buah negara terpilih tidak lama lagi. Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN