PlayStation 4 merupakan konsol paling baru daripada Sony, dan telah dijual sejak lebih kurang dua tahun lepas. Sejak diperkenalkan, pelbagai permainan telah dilancarkan untuknya – dan kini Sony mengumumkan mereka telah menjual lebih daripada 30 juta unit konsol berkenaan di seluruh dunia.
Sony PlayStation 4 hadir dengan kemaskini bukan sahaja daripada segi sokongan grafik dan pemprosesan yang berkuasa, malah turut menawarkan kebolehan untuk mengubah bentuk konsol mereka dengan aksesori tambahan untuknya.
Ia ketika diperkenalkan telah dijual pada harga RM1799 untuk versi 500GB, tetapi dengan pengenalan versi 1TB, kini konsol berkenaan boleh didapati pada harga bermula RM1549.
Angka jualan seumpama ini sering diumumkan oleh pengeluar peranti dalam usaha menarik minat pengeluar permainan untuk membangunkan permainan dan aplikasi untuk mereka.