(Ura-Ura) Google Ingin Membantu Samsung Mengoptimasikan TouchWiz?

(Ura-Ura) Google Ingin Membantu Samsung Mengoptimasikan TouchWiz?

Diterbitkan pada November 25, 2015 oleh .

Kadang-kala, terdapat beberapa desas-desus dan ura-ura yang tidak masuk akal dalam arena teknologi. Salah satu daripadanya, terkini, ia dikataka Google ingin membantu Samsung dalam mengoptimasikan antaramuka mereka, TouchWiz – sekaligus menawarkan penggunaan peranti yang lebih lancar kepada pengguna.

Samsung Galaxy Note 5

Ia boleh dikatakan kurang masuk akal, tetapi pada masa yang sama, boleh dikatakan agak relevan memandangkan TouchWiz adalah antaramuka Android yang digunakan meluas diseluruh dunia (kerana angka jualan peranti Samsung). Malah, terdapat beberapa pengguna hanya mengenal Android sebagai peranti Samsung – sekaligus memberikan impak kepada sistem operasi Google berkenaan.

Menurut desas-desus baru ini, Google dikatakan ingin membantu Samsung dalam mengoptimasikan sistem operasi TouchWiz, selain pada masa yang sama mengurangkan masalah pepijat.

Samsung sendiri pada tahun ini telah mula aktif mengeluarkan kemaskini – dan menjanjikan kemaskini sekuriti bulanan kepada pengguna peranti flagship mereka.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan desas-desus baru ini yang berlegar di arena internet?


TIPS & ULASAN