SPAD Meminta Pendapat Ramai Sama Ada Untuk Mengawalselia Uber Dan GrabCar Atau Tidak

SPAD Meminta Pendapat Ramai Sama Ada Untuk Mengawalselia Uber Dan GrabCar Atau Tidak

Diterbitkan pada November 26, 2015 oleh .

Isu berkenaan masalah teksi tempatan bukan sesuatu yang baru. Tetapi, akhir-akhir ini, beberapa bantahan diadakan oleh pemandu teksi terhadap operasi perkhidmatan seumpama Uber dan juga GrabCar.

Terkini, lanjutan daripada isu-isu berkenaan, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau lebih dikenali sebagai SPAD sedang melakukan bancian untuk mendapat pandangan ramai terhadap industri teksi tempatan.

SPAD Teksi

Daripada soalan yang ditanya pihak SPAD, mereka ingin mengetahui mengapakah pengguna tidak berpuas hati dengan perkhidmatan teksi, disamping adakah pengguna terbuka untuk membayar tambang lebih tinggi jika perkhidmatan yang berkualiti ditawarkan.

SPAD juga meminta pendapat ramai sama ada, adakah kita patut menyeragamkan jenis perkhidmatan teksi kepada beberapa perkhidmatan sahaja, seperti bermeter, dan tempahan awal.

Dalam bancian yang sama, pihak SPAD turut bertanyakan pendapat ramai berkenaan sama ada patut atau tidak untuk SPAD mengawalselia aplikasi seperti Uber, GrabCar dan juga MyTeksi.

Bagi anda yang sering menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, atau teksi, mungkin boleh menyertai bancian yang sama dan menyumbang dalam memberikan maklumbalas ke arah perkhidmatan pengangkutan awam darat yang lebih baik.

Layari : Bancian SPAD Berkenaan Teksi


TIPS & ULASAN