Dux M-DUX70BK – Tetikus Khas Untuk MMORPG Dilengkapi 19 Butang Kawalan

Dux M-DUX70BK – Tetikus Khas Untuk MMORPG Dilengkapi 19 Butang Kawalan

Diterbitkan pada November 26, 2015 oleh .

Walaupun kami pemain konsol tegar kami akui bahawa sesetengah genre permainan harus dimainkan pada platform PC. Permainan FPS, RTS dam RPG paling bagus dimainkan pada PC kerana ia memerlukan pelbagai kekunci bagi mengawal watak dengan lebih terperinci. Kawalan menggunakan tetikus lebih pantas dan jitu jika dibandingkan dengan tombol analog pada pengawal permainan konsol. Kami ada beberapa tetikus yang direka khas untuk pemain komputer tegar di pejabat. Namun tetikus Dux M-DUX70BK keluaran Elecom di bawah mungkin adalah tetikus yang paling kompleks pernah kami lihat.

Dux-M-DUX70BK-1

Dux M-DUX70BK ialah tetikus yang direka khas untuk pemain MMORPG. Ia dilengkapi dengan 19 butang yang diprogramkan mengikut keperluan permainan. Ia boleh menjadi butang pintas pantas untuk mengaktifkan serangan tertentu ataupun diprogramkan dengan makro tersendiri. Tidak cukup dengan 19 butang kawalan, ia turut mempunyai tiga roda tetikus berbanding satu pada kebanyakan tetikus biasa. Kadar kejituan boleh ditetapkan di antara 50 ke 5000 DPI manakala polling rate adalah sehingga 500 Hertz. Harga jualan adalah ¥ 15347 (~RM 526) sebuah.

Dux-M-DUX70BK-2

 


TIPS & ULASAN