Cari @ Amanz

Syarikat pengeluar pesawat nombor satu dunia sekarang dipegang oleh Airbus. Sejak 10 tahun kebelakangan ini mereka berjaya membina dan menjual lebih banyak pesawat berbanding pesaing terdekat mereka Boeing. Mereka juga memegang rekod menghasilkan pesawat penumpang komersial terbesar di dunia sekarang iaitu Airbus A380 yang mampu membawa sehingga 853 orang penumpang sekaligus. Bagi mengekalkan dominasi mereka di dalam arena aeronautik, mereka mula berfikir ke hadapan dan memfailkan paten untuk pesawat mada depan. Sebelum ini kami paparkan paten pesawat ultrasonik dan cermin tingkap pesawat dengan paparan sesentuh.

Aribus-konsep-kontena-1

Hari ini sebuah lagi paten pesawat masa hadapan mereka didedahkan dan ianya dihasilkan bagi mempercepatkan proses keluar dan masuk pesawat. Ruangan penumpang pesawat boleh ditanggalkan apabila tiba di pintu lapangan terbang. Pada waktu yang sama ruang penumpang untuk penerbangan seterusnya diisi terlebih dahulu sebelum ketibaan pesawat ini. Anda tidak lagi perlu menunggu penumpang dan bagasi pesawat lain dikeluarkan dahulu sebelum anda memasuki pesawat seperti sekarang. Paten ini benar-benar berfikir di luar kotak dan mendapat inspirasi dari cara kontena dibawa keluar masuk dari sebuah kapal kargo. Proses yang digunakan kontena nyata lebih cepat serta efisien dari cara penumpang keluar dan masuk sekarang. Halangan utama paten ini ialah ia memerlukan sistem baru dipasang pada lapangan terbang dan ini memerlukan belanja yang tinggi.

Aribus-konsep-kontena-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd