JKMorning – Perkhidmatan Panggilan Bangun Pagi Dari Pelajar Perempuan Ditawarkan Di Jepun

JKMorning – Perkhidmatan Panggilan Bangun Pagi Dari Pelajar Perempuan Ditawarkan Di Jepun

Diterbitkan pada November 26, 2015 oleh .

Jepun, negara asal usul Walkman, kayu selfie dan penggunaan robot secara besar-besaran di dalam kilang. Negara matahari terbit memang tidak lekang dari menjadi pelopor pelbagai inovasi yang kemudian menjadi ikutan dunia. Tidak mengejutkan pada dekad 80an dahulu mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir mengamalkan konsep pandang ke timur bagi mendapatkan inspirasi bagaimana memajukan negara. Namun tidak semua inovasi di Jepun dicipta untuk kebaikan sarwajagat. Contoh terbaik ialah mesin layan diri yang menjual seluar dalam terpakai dan anime sesungut iblis.

JKMorning-Jepun

JKMorning ialah sebuah lagi inovasi aneh yang hanya boleh dicipta di Jepun. Ianya sebuah perkhidmatan panggilan bangun pagi dari pelajar perempuan sekolah menengah khas untuk kaum lelaki. Setiap pagi pelanggan akan menerima panggilan bangun pagi sama seperti perkhidmatan yang biasanya ditawarkan di hotel. JKMorning mendapat nama dari perkataan¬† joshi kosei yang bermaksud gadis sekolah menengah. Pihak JKMorning mendakwa kesemua panggilan yang diterima adalah dari pelajar sekolah menengah sebenar. Jadi sekiranya anda sukar bangun pagi dan hanya panggilan dari pelajar sekolah dapat membangunkan anda dari buaian mimpi, di Jepun perkhidmatan JKMorning sesuai untuk anda. Tidak perlu lagi memulakan hari anda dengan bunyi bising jam loceng. Sebaliknya ia akan digantikan dengan “selamat pagi senpai!”.

 


TIPS & ULASAN