Google Translate Kini Menyokong Aurebesh – Bahasa Penulisan Yang Digunakan Pada Star Wars

Diterbitkan pada Nov 26, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google AurebeshBersempena dengan filem Star Wars yang bakal menjelang tiba, pihak Google telah hadir dengan beberapa perkara menarik, termasuk kebolehan memilih pihak Dark Side atau Light Side, perubahan pada Waze, perkara tersembunyi pada perkhidmatan carian mereka. Terkini, pada Google Translate, mereka turut menambah sokongan untuk terjemahan kepada bahasa Aurebesh.

Aurebesh merupakan salah satu penulisan yang digunakan pada filem berkenaan. Penggunaannya bukan sahaja pada filem Star Wars, tetapi juga pada permainan Star Wars yang telah hadir sebelum-sebelum ini. Dalam filem Star Wars, watak Luke Skywalker telah mempelajari untuk membaca penulisan Aurebesh ini ketika umur beliau hanya empat-tahun.

Pada Google Translate, pengguna seperti biasa boleh memilih untuk mengubah daripada sebarang bahasa kepada Aurebesh, ataupun sebaliknya.

Mungkin kita akan melihat lebih banyak perkara dan gimik lain dilakukan pihak Google – sementara menantikan filem Star Wars ditayangkan pada 18 Disember kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami