Samsung Gear S2 Mula Dijual Di Malaysia – Jam Tangan Pintar Premium Dengan Skrin Bulat

Samsung Gear S2 Mula Dijual Di Malaysia – Jam Tangan Pintar Premium Dengan Skrin Bulat

Diterbitkan pada November 26, 2015 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah memulakan jualan jam tangan pintar mereka yang terbaru secara rasminya, iaitu Samsung Gear S2. Di Malaysia, dua versi ditawarkan, iaitu Gear S2 (Sport) dan juga Gear S2 Classic.

Samsung Gear S2

Samsung Gear S2 ini berasaskan kepada sistem operasi Tizen, tetapi buat pertama kalinya, jam tangan pintar ini bukan sahaja terhad kepada pengguna peranti Samsung, sebaliknya boleh digunakan oleh semua pengguna yang menggunakan telefon pintar berasaskan Android 4.4 KitKat dan terkini.

Samsung Gear S2

Samsung Gear S2

Dari segi spesifikasi, ia dijana dengan cip dwi-teras 1.0Ghz, skrin bulat Super AMOLED 1.2-inci, dilengkapi ruangan storan 4GB, dan memori 512MB. Pengguna boleh menggunakannya untuk memantau denyutan nadi, dan mengumpulkan pelbagai aktiviti harian dan kecergasan mereka. Disamping itu, sokongan asas jam tangan pintar untuk menerima notifikasi, serta akses untuk aplikasi juga turut disediakan. Samsung mengatakan jam tangan pintar ini hadir dengan sokongan masa bertahan bateri selama hampir 2 ke 3 hari lamanya. Samsung Gear S2 turut hadir dengan sokongan kalis air IP67.

Membezakan antara kedua-dua versi adalah rekaannya, dimana Gear S2 Classic hadir dengan rekaan bezel yang berbentuk, dan pilihan tali jam tangan yang berbentuk seumpama jam tangan biasa.

Samsung Gear S2 dijual pada harga RM1399, sementara Gear S2 Classic pula dijual pada harga RM1599.


TIPS & ULASAN