TM Akan Memulakan Ujian Perkhidmatan Mudah-Alih Pada Disember 2015, Pelancaran 2016

TM Akan Memulakan Ujian Perkhidmatan Mudah-Alih Pada Disember 2015, Pelancaran 2016

Diterbitkan pada November 26, 2015 oleh .

Telekom Malaysia sebelum ini telah mengambil-alih perkhidmatan tanpa-wayar terkenal, P1 – selain turut memperkenalkan perkhidmatan TMgo di kawasan-kawasan yang tidak diliputi oleh UniFi. Kini, bergerak kehadapan, pihak Telekom Malaysia (bersama-sama P1) dalam perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan mudah-alih seawal tahun 2016 kelak.

Bercakap mengenainya ketika pengumuman kewangan hari ini, pihak Telekom Malaysia mengatakan mereka dengan P1 kini sedang dibangunkan sebagai sebuah unit mudah-alih, serta sedang melaksanakan pembangunan rangkaian LTE.

Telekom Malaysia dan P1 dikatakan akan memulakan ujian percubaan untu rangkaian mereka bermula Disember 2015 ini, sebelum melancarkannya secara rasmi pada tahun 2016 kelak.

“Berkenaan P1, sukacita kami ingin memaklumkan bahawa semuanya berjalan lancar. Kami terus bersedia bagi memasuki pasaran mudah alih; bekerjasama rapat dengan P1 yang kini sedang dibangunkan sebagai unit mudah alih dan pusat kecemerlangan mobiliti untuk Kumpulan TM. Pembangunan pelaksanaan rangkaian LTE TM secara keseluruhan berjalan seperti dirancang dengan rangkaian teras LTE sedang diurus dan dirangka untuk pertumbuhan masa hadapan oleh P1. Kami kini memfokus kepada rangkaian teras tersebut untuk pelaksanaan di seluruh negara, bermula dengan kawasan-kawasan bandar dan selari dengan stesen-stesen ibu sawat sedia ada. TM dan P1 bekerjasama untuk memulakan sesi-sesi percubaan (user trials) dan ujian-ujian kesediaan rangkaian dalam bulan Disember 2015, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan mudah alih yang berkesan, menuju kepada pelancarannya pada tahun 2016 kelak,” tambah Tan Sri Zam.


TIPS & ULASAN