Humble Weekly Bundle Menawarkan Permainan Popular, Worms Daripada Team17

Humble Weekly Bundle Menawarkan Permainan Popular, Worms Daripada Team17

Diterbitkan pada November 27, 2015 oleh .

Humble Bundle agak terkenal dikalangan mereka yang gemarkan permainan komputer atau mudah-alih, memandangkan mereka membenarkan pengguna membayar sebarang nilai yang diminati mereka. Terkini, selain daripada Humble Bundle biasa, mereka turut menawarkan beberapa permainan menarik daripada Team 17 dibawah Humble Weekly Bundle.

Humble Bundle Team 17

Humble Weekly Bundle ini menawarkan permainan Worms, Worms Crazy Golf, Alien Breed Trilogy, Light dan juga Worms Armageddon.

Pengguna turut boleh menambah koleksi mereka dengan membayar $6 dan mendapatkan permainan Worms Revolution Gold, Worms Reloaded, Flockers, dan juga Schrodinger’s Cat and the Raiders of the Lost Quark.

Beberapa pilihan permainan lain turut disediakan dengan membuat bayaran $12, atau mendapatkan koleksi legasi Team17 dengan membuat pembayaran $70.

Semua koleksi permainan ini ditawarkan melalui Steam, dan ia akan berjalan selama 6 hari lagi sebelum ditamatkan penawarannya.

Beli : Humble Weekly Bundle


TIPS & ULASAN