Sony Akan Memperkenalkan Aplikasi Rasmi PS4 Remote Play Untuk Windows Dan Mac

Sony Akan Memperkenalkan Aplikasi Rasmi PS4 Remote Play Untuk Windows Dan Mac

Diterbitkan pada November 27, 2015 oleh .

Beberapa hari yang lepas, sebuah aplikasi tidak rasmi untuk penstriman PlayStation 4 di PC telah dikeluarkan oleh pembangun bebas. Kini, bercakap mengenainya, Shuhei Yoshida mengatakan Sony kini sedang membangunkan aplikasi rasmi Remote Play untuk PlayStation 4 pada Windows dan juga Mac.

Melalui fungsi ini, ia sekaligus akan membolehkan para pengguna untuk memainkan permainan di konsol, dan turut sambung akan memainkannya di PC atau Mac. Sony sebelum ini telah menyediakan sokongan penstriman permainan melalui Remote Play di PS Vita TV dan juga pada telefon pintar Xperia mereka.

Tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh Sony berkenaan bilakah mereka akan melancarkannya. Namun, mendengar akan ia bakal diperkenalkan untuk PC dan Mac sendiri akan membuatkan ramai pengguna PlayStation 4 mengemarinya.


TIPS & ULASAN