Cari @ Amanz

Komuniti XDA sedia terkenal dengan penawaran pelbagai pembangunan dan godaman menarik untuk platform telefon pintar. Terkini, salah seorang pengguna XDA hadir dengan Windows Phone Internals yang membolehkan bootloader pada peranti Lumia dinyah-kunci dan mendapatkan akses root.

Dengan pengenalan Windows Phone Internals ini, ia membuka peluang kepada pembangun lain untuk hadir dengan Custom ROM tersendiri bagi peranti Lumia, atau menambah beberapa fungsi lain dengan akses kepada root. Ia boleh dikatakan, ramai menyukai peranti Android memandangkan pelbagai perkara boleh diubah padanya, dan memberi kebebasan kepada pembangun dan pengodam untuk mengubah ia mengikut apa yang digemari mereka.

Mungkin kita akan melihat beberapa Custom ROM hadir tidak lama lagi, sekaligus memberikan perhatian kepada peranti-peranti Lumia.

Anda turut boleh melayari laman Windows Phone Internals untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memuat-turunnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd