Lenovo Dan Razer Bekerjasama Untuk Mengeluarkan Peranti Memfokuskan Permainan

Lenovo Dan Razer Bekerjasama Untuk Mengeluarkan Peranti Memfokuskan Permainan

Diterbitkan pada November 28, 2015 oleh .

Kebanyakkan pengeluar komputer mempunyai jenama produk memfokuskan kepada permainan mereka tersendiri. Lenovo turut mempunyai produk khusus untuk permainan, tetapi tidak mempunyai jenama khusus yang popular untuknya.

Lenovo Razer Edition

Kini, bergerak kehadapan, Lenovo dan Razer mengumumkan kerjasama, mengatakan mereka akan hadir dengan produk memfokuskan permainan pada tahun 2016 kelak. Lenovo dan Razer akan menjenamakan siri Lenovo Y, dan dinamakan sebagai Lenovo Razer Edition.

Melalui kerjasama ini, pihak Lenovo akan memfokuskan kepada pengeluaran dan rantaian pemasaran, sementara Razer pula akan memfokuskan kepada kepakaran dalam perisian untuk permainan dan juga peranti berhubung.

Semua Lenovo Razer Edition kelak akan membawakan rekaan seumpama siri Lenovo Y, tetapi turut hadir dengan elemen ikonik Razer, sebagai contoh, salah satunya kebolehan mengubah paparan pencahayaan CHroma.

Produk awal untuknya adalah dijangka sebuah desktop yang akan diperkenalkan sepenuhnya pada CES 2016 yang berlangsung awal Januari 2016 kelak.


TIPS & ULASAN