Formula E Mengumumkan RoboRace – Perlumbaan Kereta Tanpa Pemandu

Formula E Mengumumkan RoboRace – Perlumbaan Kereta Tanpa Pemandu

Diterbitkan pada November 28, 2015 oleh .

Formula E merupakan perlumbaan kereta dalam litar perlumbaan, dimana berbeza dengan Formula-1, ia menggunakan kenderaan yang dikuasakan oleh tenaga elektrik. Terkini, mereka mengumumkan kerjasama dengan Kinetik, dan mengumumkan sebuah siri perlumbaan baru dinamakan sebagai Roborace.

Formula E

Roborace akan menggunakan kenderaan elektrik yang dipandu secara automatik – salah satu arena yang mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini. Melalui perlumbaan ini, sebanyak 20 kenderaan elektrik dipandu automatik yang sama akan digunakan untuk perlumbaan. Apa pun, untuk membezakan antara pasukan, ia akan bergantung kepada perubahan pada pengaturcaraan dan algoritma AI yang digunakan pada kenderaan berkenaan.

Perlumbaan ini dijangka akan melihat kenderaan mencapai kelajuan menghampiri 300km/j – semuanya dipandu secara automatik oleh sistem kenderaan berkenaan.

Siri perlumbaan pertama menggunakan kenderaan yang dipandu automatik ini dijangka bermula pada Oktober 2016 kelak.


TIPS & ULASAN